Post by bistari on Jan 22, 2007 22:58:09 GMT -5
Inginkan kejayaan dan kekayaan , tetapi, apabila anda ingin
memulakan langkah pertama anda kearah kejayaan, ada sesuatu tidak mengizinkan anda mencapainya? . Seperti, terdapat sejenis "kuasa" ini yang menghalang anda untuk mengaturkan langkah.
Ada dua faktor penting yang sering membuat kita tidak dapat
mengorakkan langkah pertama kearah kejayaan dan kewangan.
Dua faktor tersebut adalah faktor utama kegagalan:
1: Fikirkan tidak boleh!
Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai
memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan tidak boleh.
Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.
Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.
Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di
mana Eddy Murphy menjadi Professor Sherman yang amat gemuk) dan ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan bersenam sambil berkata "Yes I can!... Yes I can!".
Anda juga perlu menjadi seperti ini. Bukan menjadi
amat gemuk! . Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan "tidak boleh" kepada "Saya Boleh! Saya Boleh! Saya Boleh!".
Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan "Fikirkan Tak Boleh"
Fikirkan tidak boleh ini berkaitan rapat dengan konsep kendiri
kita. Konsep kendiri bermaksud bagaimana anda melihat diri anda
sendiri. Sekiranya anda melihat diri anda mempunyai keyakinan diri yang rendah, maka, begitulah cara anda akan fikirkan tentang
keseluruhan diri anda dan anda akan kaitkannya dengan apa sahaja anda lakukan.
============ ========= ========= =========
Adakah anda letih dengan perniagaan di Internet yang memerlukan anda menjual produk, mencari downline, menghadiri meeting bulanan ataupun membuat pelbagai promosi jualan yang membebankan anda.
www.em-pay.net/
============ ========= ========= =========
Terdapat satu kisah ini di mana seorang wanita/ibu yang mempunyai keyakinan diri yang rendah, sering memencilkan diri di pejabat dan juga tidak bergaul dengan rakan-rakan dan jiran-jiran. Konsep kendiri dan keyakinan dirinya adalah amat rendah sehinggakan mengganggu kerjayanya dan tanggungjawabnya kepada keluarga.
Malang tidak berbau, satu hari, ibu tersebut mengalami kemalangan jalan raya. Beliau berada didalam keadaan koma untuk beberapa bulan. Apabila dia tersedar dari koma, beliau mengalami amnesia (lupa fikiran) yang agak kronik. Beliau tidak tahu siapa dirinya sebelum kemalangan.
Hari berlalu, dan isu ini mengganggu fikirannya. Beliau mula
menyelidik kes-kes amnesia yang lain. Beliau ke perpustakaan, dan mengambil kelas perubatan untuk memahami kes-kes amnesia. Beliau juga menulis laporan pengalamannya dan penemuannya melalui penyelidikan dan berkongsikannya dengan pakar-pakar perubatan.Sering kali beliau di jemput memberi ucapan megenai amnesia kepadapakar-pakar perubatan.
Apa yang telah terjadi? Dari seorang wanita yang tidak mempunyai keyakinan diri, kepada seorang tokoh perubatan dalam bidang amnesia?
Wanita ini telah berjaya mengubah konsep kendirinya secara tidak sengaja- iaitu beliau terlupa konsep kendirinya yang lalu melalui amnesia.
Bagi kita yang tidak mempunyai amnesia (melainkan "buat-buat lupa" )boleh mengambil pengajaran dari kisah ini. Iaitu, kita sendiri yang membentuk konsep kendiri kita melalui pengalaman hidup kita.Dengan fikiran yang positif, kita boleh mengubahkan konsep kendiri kita untuk mencapai apa jua kejayaan yang tidak pernah difikirkan.Ubahkan konsep kendiri anda!
============ ========= ========= =========
Anda bosan dengan perniagaan Internet atau perniagaan
MLM yang anda kerjakan sekarang kerana pelbagai masalah dan tidak menguntungkan. .....
www.em-pay.net/
============ ========= ========= =========
2: Zon Selesa
Faktor yang kedua yang menyebabkan kita gagal mengambil langkah pertama kearah kejayaan adalah kerana Zon Selesa kita. Semua orang mempunyai zon selesa. Iaitu keadaan di mana anda rasa selesa dan tidak mahu berubah. Boleh dikatakan keadaan anda sekarang ini...sedang membaca email ini. Terasa selesa di depan komputer. Nak berubah dari keadaan zon selesa anda kini terasa berat... oleh kerana anda selesa dengan keadaan semasa ini.
Hidup kita juga terdapat zon selesa. Iaitu kehidupan anda kini-
anda terasa selesa dengan keadaan hidup anda. Walaupun faktor ini dinamakan "zon selesa", walaupun keadaan yang tidak selesa (kekurangan) , masih menjadi "zon selesa".
Faktor Zon Selesa mengatakan, ia adalah amat sukar untuk seseorang itu keluar dari zon selesanya. Manusia adalah insan yang mempunyai tabiat. Tabiat akan membuatkan kita terperangkap di zon selesa.Setiap kali peluang tiba untuk kita keluar dari zon selesa, tabiat akan menarikkan kita balik ke zon selesa. Setiap kali kita ingin keluar dari keadaan semasa, tabiat akan menarikkan kita dengan keadaan kita kini. Itulah akibat tabiat.
Berita buruknya, ia amat sukar untuk keluar dari Zon Selesa kita.
Berita baiknya adalah, sekiranya anda berjaya keluar dari Zon
Selesa anda, dan berfungsi pada keadaan yang baru (diluar zon
selesa) buat satu jangka masa yang tertentu, Zon selesa anda juga akan turut berubah kepada keadaan yang baru. Tabiat anda akan berpegang pada zon selesa baru.
Sebagai contoh, sekiranya anda sering bekerja 4 jam sehari tanpa henti, ini adalah zon selesa anda. Apabila anda ingin bekerja lebih dari 5 jam sehari, anda terasa tabiat tidak membenarkan anda melakukannya oleh kerana ianya diluar zon selesa anda ( malas lah tu ).
Sekiranya anda berjaya memaksa diri anda keluar dari zon selesa
tersebut, dan memaksa diri anda bekerja 5 jam sehari untuk satu
jangka masa tertentu sehingga ianya menjadi tabiat, zon selesa
kerja anda akan berubah kepada 5 jam bekerja! Dan pada ketika itu,sekiranya anda ingin bekerja 4 jam sehari, anda akan rasa tidak selesa kerana ia di luar zon selesa anda.
Faktor ini boleh diaplikasikan kepada bermacam-macam keadaan.
Pendapatan anda kini RM2,000? Mungkin itu adalah zon selesa anda dan berusaha untuk mendapatkan RM,3000 sebulan adalah di luar zon selesa anda. Anda ingin memulakan perniagaan tetapi asyik menundakan perancangan anda? Mungkin itu adalah zon selesa anda.Memulakan perniagaan adalah diluar zon selesa anda. Anda ingin menulis buku tetapi, tidak jumpa dengan masa untuk menulis? Mungkin itu adalah zon selesa anda- menulis buku adalah di luar zon selesa anda.
Namun sekiranya anda berusaha mendapatkan pendapatan RM3,000 sebulan, memaksakan diri anda memulakan perniagaan serta menyiapkan buku yang anda tulis, zon selesa anda akan berubah ke zon selesa baru. Keadaan anda pun telah upgrade ke keadaan zon selesa yang baru!
Salam Kejayaan ;D
www.em-pay.net/