|
Post by along on Jul 18, 2005 3:09:28 GMT -5
Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.... 1. Jika berjumpa dgn kanak2 anggaplah kanak2 itu lebih mulia daripada kita kerana ia belum banyak melakukan dosa daripada kita. 2. Apabila bertemu dengan orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. 3. Jika berjumpa orang alim anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui. 4. Apabila melihat orang jahil anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui. 5. Jika melihat orang jahat jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya. 6. Apabila bertemu dengan orang kafir katakan dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam maka segala dosanya akan diampuni Allah. p/s : semoga kita dapat amal dan sampaikan.........
|
|