|
Post by along on Sept 27, 2005 2:24:17 GMT -5
"Jangan mimpilah Sahak! Tak payah kau berangan! Nak jadi menantu aku konon!" kata Mak Munah. "Cermin muka kau tu dulu" tambah Mak Munah lagi. Sahak terpaku. Diam membisu. Fikirannya kosong. Terkebil kebil memandang Mak Munah. Bagaikan pelandok kena jerat. "Cuba kau lihat diri kau! Apa yang nak kau berikan makan anak aku Som tu nanti?" bertali arus kata kata pedas keluar dari mulut murai Mak Munah. "Hah! Kenapa kau membatu? Kenapa diam?" bertubi soalan demi soalan keluar dari mulut Mak Munah. "Setakat kerja kampong macam kau ni tak layak nak jadi suami Som tau tak! Aku tak ingin anak menantu kerja macam kau!" Mak Munah terus menyerang dengan kata kata pedas. Sahak tetap berdiam diri. Tiada kata yang dapat diluahkan. Masih terkebil kebil. "Hei Sahak! Kau ni pekak ke?" soal Mak Munah lagi. "Tapi............." belum habis Sahak bersuara sudah dipotong olih Mak Munah. "Tapi apa lagi? Mulai dari hari ni kau jangan jumpa lagi Som. Aku tak benarkan!" bertali arus kata kata yang keluar dari mulut Mak Munah yang memang terkenal dikampong itu sebagai 'Simulut Murai'. Sahak membisu seribu bahasa. Fikirannya buntu. Tak tahu apa yang hendak dikatakan. Walaupun banyak kata kata yang bersarang difikirannya tapi tak mampu diluahkan. Satelah puas menyerang Mak Munah pun meninggalkan tempat itu. Sahak tetap tercegat. Masih terkebil kebil. Mulutnya terkunci terus. Dia cuma mampu memerhatikan lenggang Mak Munah yang semakin menjauh sehingga hilang diselekoh jalan.
Satelah hilang dari pandangan barulah Sahak mengeloh. Dia berjalan longlai menuju kepangkal pokok rambutan. Dudok dengan malasnya. Botol air dicapainya lalu ditogokkan kemulut dengan lahapnya. Terlalu dahaga. Dia mengeluarkan parang yang tersisip dipinggang lalu ditusukkan ketanah. Memerhatikan sekeliling. Suasana tenang. Deruan angin petang sepoi sepoi bahasa bertiup. Burung berkicauan sambil melompat dari ranting keranting. Daun daun kering berguguran. Cuma dia kesaorangan disitu. Ayahnya, Pak Akob, dan emaknya, Mak Tom, telah lama beredar balik kerumah. Masih tergiang giang lagi kata kata pedas yang diluahkan olih Mak Munah tadi. Sahak termenung panjang. Tak disangkanya yang Mak Munah akan datang menyerangnya disitu. Memang tak dijangka langsung. "Ini tak bolih jadi" bisik hati kecil Sahak. "Apa sengkek sangat ke aku ni?" Sahak masih mengelamun. "Apa dia tak sedar ke diri dia tu. Dia pun hidup hari hasil berladang macam aku ni" masih melayani kata kata didalam hati. "Tak apa! Tuhan maha kaya. Akan aku buktikan yang aku bolih berjaya. Kerja berladang ni ni pun bolih hidup senang. Bolih tanggung anak dara orang. Tunggulah!" hati kecilnya berbisik lagi. Sahak bertekad untuk buktikan kata kata hatinya. Sekurang kurangnya nak dibuktikan pada Mak Munah.
|
|
|
Post by along on Sept 27, 2005 2:25:33 GMT -5
"Hei Sahak!" tiba tiba satu suara mengejutkan Sahak dari lamunan. Sahak melenting tinggi. Demi memcecah aja ketanah terus membuka langkah silat. "Hah! Kau Tip! Ish.....buat aku terperanjat aja. Nasib baik kau tak kena terajang tadi" gerutu Sahak. "Apa lah kau ni Hak! Sergah sikit nak melenting! Apa! Kau ingat kau punya terajang aja! Habis tu aku punya tepis nak letak kat mana? Pajak Gadai?" balas Latip. Sahak tersenyum lalu dudok semula. Latip juga turut dudok disisi Sahak. "Kau ni apa pasal Hak? Asyik termenung aja. Bila tegur melenting, bukak silat! Kalau ayah kau tadi macam mana?" soal Latip. "He..he..he..he....kalu ayah aku tadi....alamat aku pulak yang makan terajang!" balas Sahak. Mereka berdua tertawa bila mendengar jawapan dari Sahak. "Apa yang kau menungkan tadi Hak. Sampai aku datang pun kau tak perasan!" kata Latip lalu mencapai botol air dari sisi Sahak terus meminumnya. "Hauslah Hak! Air aku dah habis. Hari ni terlalu panaslah!" sambung Latib. "Tu tadi....Mak Munah datang serang akulah" terang Sahak. "Hah! Mak Munah serang kau? Habis tu kenapa kau tak berikan terajang sulung kau tu? Kalau aku asyik nak kena terajang kau aja!" usik Latip.
"Kau gila ke Tip! Kan ke tu bakal mak mertua aku. Lainlah macam kau......memang patut kena terajang. Beri salam tidak tetiba aja muncul!" balas Sahak. Latip tersenyum. "Apa yang Mak Munah cakap pada kau tadi Hak?" soal Latip ingin kepastian. "Apa lagi! Pasal aku dengan anak dia siSom. Kau bukan tak tahu. Kan dia tak sukakan aku!" jawab Sahak. "Dia kata setakat orang macam aku ni yang kerja kampong tak layak nak jadi menantu dia" terang Sahak. "Ish.....tak patut betul Mak Munah ni. Tak habis habis dia. Tak patut dia cakap macam tu" balas Latip. "Yang dia tu selama ni makan hasil dari berkebun tak nampak! Dia tak sedar ke perkara ni?" sambung Latip lagi. "Dah Tip....biarkan dia! Nanti sedarlah dia. Eh.....ayam berkokok atas dahan.....ada rokok bak sebatang!" kata Sahak sambil memandang Latip. "Hah...yang ni le aku tak gemar Hak! Asyik nak memangkah aja kerja kau" balas Latip sambil mengeluarkan sekotak rokok dari poket bajunya. "Kalau macam ni le Hak....macam mana kau nak tanggung makan anak dara orang. Patut le Mak Munah tak sukakan kau!" gerutu Latip sambil tersenyum. "Hei Tip....kau jangan lelebih! Kang tak pasal pasal kau bertelur atas dahi!" kata Sahak sambil mencapai kotak rokok dari tangan Latip. Dia mengambil sebatang rokok lalu diselitnya dibibir. Diambil mancis lalu dinyalakan rokok tadi.
|
|
|
Post by along on Sept 27, 2005 5:34:54 GMT -5
Sahak menyedut asap rokok dengan penuh nikmat. Dihembusnya perlahan perlahan membentuk beberapa gelungan. Latip cuma memerhatikan gelagat kawannya. "Apalah kau ni Hak.........semenjak.....dua menjak.....tiga menjak....terlalu sensitif sangatlah! Nak hot aja" Latip bersuara satelah agak lama mereka berdiam diri. "Aku cuma gurau aja, tu pun kau nak marah?" tambah Latip lagi. "Entah Tip! Aku sendiri pun tak faham. Tambah lagi dengan peristiwa yang baru berlaku tadi" terang Sahak. "Aku pun tak retilah dengan Mak Munah tu Hak! Apa sangat yang dibencinya kau ni. Dah kau dengan Som suka sama suka, terima ajalah. Apa sangat yang disusahkan!" Latip bersyarah panjang. "Tu cakap kau Tip, bukan Mak Munah!" balas pula Sahak. Latip mengambil sebatang rokok lalu dihisapnya. "Yalah Hak....dulu Samsiah kakak Som tak pulak kecoh macam ni! Tak pulak dia marah macam ni. SiMd. Sah tu pun kerja ladang jer, tak pulak dia menolak. Buat majlis besar besaran lagi. Dua ekor lembu tumbang" Latip berhujah panjang. " Agaknya dia ada calun lain tak Hak?" soal Latip. "Entahlah Tip! Manalah aku tahu!" balas Sahak sambil mengambil sepotong ranting lalu menguris tanah didepannya. "SiSom pulak bagaimana Hak?" soal Latip lagi. "Apa maksud kau Tip?" balas Sahak. "Yalah......dia tak kata apa apa ke...mungkin calun pilihan mak dia!" jawab Latip. "Tak ada pulak....dia tak cakap apa apa pun. Hari tu aku jumpa dia tak ada pun dia beri tahu" terang Sahak sambil memandang tepat muka Latip. "Tip....kau kawan baik aku kan......rasa rasa kau apa perlu aku buat?" Sahak meminta pendapat. "Helo kawan! Apa baru ni kau tahu yang aku ni kawan baik kau? Apa selama ni kau tak sedar ke sapa yang selalu menolong kau?" balas Latip meninggi suara.
"Dah dah.....dia pulak yang hot! Yalah....yalah.....aku tahu! Kaulah kawan baik aku selama ni" Sahak mengalah "Aku ingat tu....tapi jangan pulak kau nak jadi pensyarah bebas pulak!". "Ok! Ok!........aku gurau aja tu Hak! Jangan pulak kau ambil hati!" pinta Latip. Begitulah mereka berdua. Begitu akrab sejak dari kecil lagi. Bagaikan adik beradik. Walau pun mereka merupakan graduan dari Universiti namun mereka tidak mahu mengikut tradisi kerja makan gaji. Mereka mahu berbakti pada tanah dikampong halaman. Mereka adalah ahli aktif perkumpulan belia dikampong mereka. Sahak mengusahakan ladang limau manis dan beberapa tanaman kontan yang lain. Sementara Latip pula mengusahakan ternakan lembu dan kambing. Apa yang diusahakan olih kedua anak muda ini ialah pertanian dan ternakan secara komersal. Mereka merupakan perintis dalam menjayakan usaha dan program pihak Belia dan Pusat Pertanian ditempat mereka. Beberapa anak muda yang sealiran dengan mereka turut sama dalam mengusahakan dan menjayakan projek itu.'Agaknya Hak......Mak Munah tu dah ada calon. Mungkin dia berkenan dengan orang yang kerja makan gaji!" Latip tiba tiba bersuara. Sahak yang dari tadi memandang pada lakaran ranting ditanah mendongak. Memandang tepat kemuka Latip. "Yalah.......cuba lihat diri kita ni.....kau dan aku. Kita adalah graduan lepasan universiti tapi kerja kampong. Bertani dan membela haiwan ternakan. Tentulah dia rasakan kita ni macam tak ada nilainya!" sambung Latip dengan panjang lebar. Sahak cuma berdiam diri. Terfikir juga akan kebenaran kata kata dari Latip tu. Dia menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan pendapat Latip. "Sudahlah Tip.....lupakan sementara perkara tu. Ni kita ada banyak perkara yang perlu dibereskan!" Sahak bersuara. "Baiklah Hak........ya tak ya juga! Hari Rabu minggu depan kita kena hadiri mesyuarat diPejabat Pertanian. En. Dahalan, Pegawai Daerah, minta kita bentangkan kertas kerja yang kita cadangkan tempoh hari" Latip menyampok. "Hah....Tip! Nasib baik kau ingatkan aku tentang perkara ni. Aku terlupa pulak nak ambil salinan pelan tapak projek tu dari Pejabat Belia semalam" Sahak berkata lalu berdiri. "Bagaimana pula dengan kertas kerja yang kau buat tu....dah siap ke...Tip?" Sahak menyoal sambil memandang tepat kemuka Latip. "Alamak Hak......kertas kerja tu dah siap.....tapi aku lupa pulak nak buat tiga salinan" Latip berkata sambil menepuk dahi. "Kau ni Tip......semuanya lupa. Makan tak pulak kau lupa ye?" usik Sahak sambil tersenyum. "Elo kawan..........itu makan kalu ada lupa......itu kubor jugak ada mari.....ayoyoyo ama!....ayoyoyo apa!" Jawab Latip ikut gaya percakapan orang India. "Itu macam kalu......apa bikin kirija......enjoy juga pegi ada baik!" tambah Sahak pula. Mereka tertawa terbahak bahak. Geli hati dengan gelagat sendiri. "Eh Hak.....gurau gurau juga.....ni dah masuk waktu Asar.....jomlah kita balik" Latip mengingatkan sambil meilhat jam tangan. "Yalah Tip....jom balik" Sahak menyampok lalu mula berjalan kearah jalan tanah merah. Latip mengikut dari belakang.
|
|
|
Post by along on Sept 27, 2005 5:36:07 GMT -5
Mereka berjalan meninggalkan ladang itu. Tiba disatu selekoh mereka pun berpisah menuju kerumah masing masing. Sahak berjalan dengan perlahan. Dalam kepalanya masih lagi bermain kata kata dari Mak Munah tadi. Silih berganti. "Setakat kerja kampong macam kau ni tak layak nak jadi suami Som, tau tak!". Kata kata ini berputar didalam fikirannya. "Asalamualaikum bang!" satu suara lunak menegur Sahak. Tiada sahutan dari Sahak. Dia masih hanyut dengan kata kata dari Mak Munah. "Hei abang! Asalamualaikum!" tegur suara halus itu sekali lagi. Sahak masih lagi hayal. "Hey abang! Apa ni? Hayal aja!" suara itu meninggi lalu mengejutkan Sahak dari lamunan. "Er.....eh.....eh....apa ya! Oh kau Som! Astarafirullah..........." Sahak seakan baru terkejut dari mimpi yang ngeri. "Apalah abang ni! Som panggil pun tak mahu nyahut! Apa yang abang fikirkan?" gerutu Kalsom seakan merajuk. "Hmmm....maafkan abang! Tak ada apa apa" Sahak memberikan alasan bodoh. "Ye ke! Tapi nampak macam berat aja perkara yang abang fikirkan!" balas Kalsom ingin kepastian. "Tak ada apa apalah Som....Abang cuma fikirkan mengenai mesyuarat yang akan datang ni. Tentang pembentangan kertas kerja tu" Sahak berdalih."Tak cayalah......Kalau ya pun tak kan macam tu serius! Barapa kali Som tegur pun tak perasan. Agaknya tentang girlfriend tak?" Kalsom cuba menembak. "Hei.....dah...dah...jangan nak cari pasal. Mana ada! Orang macam abang ni sapa yang sudi!" Sahak berseloroh. "Er.....apa! Tak ada yang sudi? Ya ke? Habis Som ni macam mana pulak?" Kalsom berkata dan mula bermuka masam. "Hey.......Som.....jangan marah! Abang cuma gurau aja! Manalah abang ada girlfriend lain. Yang sorang ni pun dah cukup!" Sahak memujuk.
|
|