Post by rawatan on Nov 30, 2006 4:02:20 GMT -5
Petua 1
Campurkan air limau nipis dgn satu sudu minyak masak . Seblm tido , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dgn air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yg berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dgn air biasa. Insya-Allah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 2
Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dgn air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.
Petua 3
Giling beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .
Petua 4
Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendptkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dgn dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dgn sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , blh juga dicampurkan dgn bedak sejuk atau dgn lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia blh juga d**eringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .
Petua 5
Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dgn sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dgn sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yg ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dgn petua lain yg tlh diberikan
www.mahsuri.com.my/analisis