|
Post by along on Jul 24, 2005 9:42:06 GMT -5
Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan
Kalau ada sumur di ladang Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh kita berjumpa lagi
Hari ini menanam jagung Hari esok menanam serai Hari ini kita berkampung Hari esok kita bersurai
Malam ini menanam jagung Malam esok menanam serai Malam ini kita berkampung Malam esok kita bercerai
Hari ini menugal jagung Hari esok menugal jelai Hari ini kita berkampung Hari esok kita bercerai
Batang selasih permainan budak Berdaun sehelai dimakan kuda Bercerai kasih bertalak tidak Seribu tahun kembali juga
Orang Aceh sedang sembahyang Hari Jumaat tengah hari Pergilah kasih pergilah sayang Pandai-pandailah menjaga diri
Mana Manggung, mana Periaman Mana batu kiliran taji Tinggal kampung tinggal halaman Tinggal tepian tempat mandi
Bintang Barat terbit petang Bintang Timur terbit pagi Jika tidak melarat panjang Ada umur ketemu lagi
Dari mana hendak ke mana Tinggi ruput dari padi Tahun mana bulan mana Dapat kita berjumpa lagi?
Dian tiga lilin pun tiga Tanglung tergantung rumah laksamana Diam juga sabar pun juga Ada umur tidak ke mana
Anna Abadi pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi
|
|